Catatan hari ini.
Sedihnya hati bila apa yang kita lakukan dipertikaikan keikhlasannya. kecewanya hati bila insan yang paling hampir dengan kita yang melakukannya. Apakah tak cukupkan apa yang aku buat selama ini. Apa yang aku buat semata-mata ingin membantu beban yang terletak dibahumu. Tapi apakan daya aku insan kerdil yang telah berusaha sedaya mungkin. Namun rezeki belum memihak padaku lagi buat masa ini. Bukan aku minta jasaku dibalas cuma sekurang-kurangnya ingatlah apa yg ku lakukan sebelum ini. Berilah sokongan padaku...itu sahaja aku aku pinta darimu. Andai satu hari nanti aku yang pergi dulu, kau jagalah amanahku dengan penuh kasih sayang. Jangan kau sakiti hati mereka kerana sesunggunya merekalah hartaku dunia dan akhirat. Maafkan aku di atas segala kesilapan dan kekuranganku. Aku doakan kau beroleh kebahagian dunia dan akhirat. Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan