Jumaat, 2 Ogos 2013

Hari raya dah hampir tiba. Esok kami nak ke Taiping ziarah pusara arwah bapa mertua. Ahad pulak ziarah pusara ibu mertua. Tahun ni first time raya tanpa ibu mertua. Sedih pulak rasa hati. Macam mana lh perasaan suami beraya tanpa ibu bapa tersayang??????

Ahad, 28 Julai 2013

cuti nuzul al-quran

Bestnye dapat habiskan cuti 3 hari ni bersantai kat kampung halaman. Buka puasa dengan ahli keluarga. Tapi tiba2 teringat pulak kat arwah ibu mertua yang pulang ke rahmatullah pada 19/10/2012 yang lalu. Sayu pulak hati ni bila teringatkan arwah. Kalau aku yang menantu ni pun rasa sedih, macam mana pulaklah suami aku yang kehilangan ibu tercinta.....ya allah moga kau tempatkan ibu mertua ku di kalangan orang2 yang beriman amin....

Ahad, 21 Julai 2013

salam perkenalan....hehehehe ini percubaan pertama saya menulis dalam blog ni. sape2 yang boleh membantu saya menajamkan lagi penulisan bolehlah bagi advise erk....