Rabu, 11 Oktober 2017

Ya allah....kuatkan dan tabahkan hati hambamu ini dalam menempuh segala dugaan dalam hidup ini. Sesungguhnya aku adalah insan yg kerdil sisimu ya allah. Buruk sangatkan aku, jahat sangatkah aku dimatanya ya allah.. sehinggakan tegar dia memperlalukan aku sedemikian rupa. Seringkali kau buruk sangka padaku sedangkan tidak terdetik walau sekelumit aku menidakkan hakmu. Ku mohon maaf andai kelakuanku melukakanmu. Ku doakan kau akan bahagia walaupun bahagia itu bukan denganku tapi dengan orang lain...aku redha

Ahad, 14 Jun 2015

Catatan hari ini.

Sedihnya hati bila apa yang kita lakukan dipertikaikan keikhlasannya. kecewanya hati bila insan yang paling hampir dengan kita yang melakukannya. Apakah tak cukupkan apa yang aku buat selama ini. Apa yang aku buat semata-mata ingin membantu beban yang terletak dibahumu. Tapi apakan daya aku insan kerdil yang telah berusaha sedaya mungkin. Namun rezeki belum memihak padaku lagi buat masa ini. Bukan aku minta jasaku dibalas cuma sekurang-kurangnya ingatlah apa yg ku lakukan sebelum ini. Berilah sokongan padaku...itu sahaja aku aku pinta darimu. Andai satu hari nanti aku yang pergi dulu, kau jagalah amanahku dengan penuh kasih sayang. Jangan kau sakiti hati mereka kerana sesunggunya merekalah hartaku dunia dan akhirat. Maafkan aku di atas segala kesilapan dan kekuranganku. Aku doakan kau beroleh kebahagian dunia dan akhirat. Amin....

Jumaat, 2 Ogos 2013

Hari raya dah hampir tiba. Esok kami nak ke Taiping ziarah pusara arwah bapa mertua. Ahad pulak ziarah pusara ibu mertua. Tahun ni first time raya tanpa ibu mertua. Sedih pulak rasa hati. Macam mana lh perasaan suami beraya tanpa ibu bapa tersayang??????

Ahad, 28 Julai 2013

cuti nuzul al-quran

Bestnye dapat habiskan cuti 3 hari ni bersantai kat kampung halaman. Buka puasa dengan ahli keluarga. Tapi tiba2 teringat pulak kat arwah ibu mertua yang pulang ke rahmatullah pada 19/10/2012 yang lalu. Sayu pulak hati ni bila teringatkan arwah. Kalau aku yang menantu ni pun rasa sedih, macam mana pulaklah suami aku yang kehilangan ibu tercinta.....ya allah moga kau tempatkan ibu mertua ku di kalangan orang2 yang beriman amin....

Ahad, 21 Julai 2013

salam perkenalan....hehehehe ini percubaan pertama saya menulis dalam blog ni. sape2 yang boleh membantu saya menajamkan lagi penulisan bolehlah bagi advise erk....